Persatuan Penduduk Residensi Junjong Kulim ialah sebuah badan rasmi yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-031-02-16052025 pada 16 Mei 2025.
INTERNAL MEMO - UNTUK AHLI SAHAJA
π’ HEBAHAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM)
Persatuan Penduduk Residensi Junjong
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli persatuan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung LUAR BIASA (EGM) Persatuan Penduduk Residensi Junjong akan diadakan seperti yang telah ditetapkan di bawah:
π
Tarikh: 26 Sept 2026 (Sabtu)
ποΈ Tempat: Dewan Residensi Junjong
β° Masa: 8.00 pagi sehingga selesai
π½οΈ Makanan akan disediakan secara βfirst come, first servedβ dan terhad kepada ahli yang hadir.
Mesyuarat Agung Luar Biasa ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan perlembagaan persatuan, perancangan organisasi serta pengurusan sekuriti.
π Dua usul yang akan dibawa untuk pertimbangan dan keputusan ahli adalah seperti berikut:
1) Usul Pengesahan Minit Mesyuarat AGM Pertama
Usul bagi mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama Persatuan Penduduk Residensi Junjong.
2) Usul Pengambilalihan Sekuriti dan Perkara Berkaitan
Usul bagi membincangkan serta mendapatkan keputusan ahli berhubung cadangan pengambilalihan pengurusan sekuriti dan perkara-perkara berkaitan dengannya, termasuk tanggungjawab, pengurusan serta pelaksanaan sekuriti di kawasan Residensi Junjong.
π¨ Pengambilan ahli baru akan dibekukan bermula 11-Sept-2026.
π₯ Kehadiran ke mesyuarat ini adalah TERHAD kepada ahli berdaftar sahaja. Individu yang bukan ahli berdaftar tidak dibenarkan hadir.
Sehubungan itu, semua ahli yang berdaftar adalah dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat penting ini. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai bagi memastikan setiap usul dapat dibincangkan dan diputuskan dengan sewajarnya, di samping memastikan kelancaran pentadbiran serta penyertaan aktif seluruh komuniti dalam mengukuhkan fungsi dan peranan persatuan.
Kerjasama dan sokongan daripada semua ahli amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Menjalankan Amanah,
Setiausaha
Persatuan Penduduk Residensi Junjong
π’ MEMO HEBAHAN RESIDENSI JUNJONG
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Makluman kepada semua ahli persatuan penduduk.
Berkenaan gangguan bekalan air SADA yg melanda Residensi Junjong kita, sebentar tadi pihak SADA sudah merektifikasi permasalahan yg berlaku.
Aktiviti pemulihan sedang giat dijalankan dan anggaran masa lebih kurang 1jam, bekalan air dapat disalurkan secara berperingkat kepada seluruh warga penduduk.
Terima kasih kepada semua yg memberi feedback dan terus bersabar dalam memberi kerjasama. Pihak persatuan masih membuat follow up progress bersama SADA dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Yang Menjalankan Amanah,
Setiausaha
Persatuan Penduduk Residensi Junjong